LATAR SEJARAH

KELUARGA PENGASAS


(HJ BAHAROM PENGASAS BINA SURAU)

Assalamualaikum...
semoga semua sihat walafiat dan dalam lindungan rahmat Allah S.W.T.

Semua sedia maklum bahawa Surau Gunung Sali dalam proses untuk dinaiktaraf semula.

Untuk makluman semua, surau ini adalah salah satu harta pusaka tinggalan  Allahyarham Haji Baharom. 

Allahyarham Haji Baharom bina surau ini dengan penuh keringat beliau, dengan bantuan gotong royong orang-orang kampung, sehinggalah terbinanya surau ini. Tak lain tak bukan, surau ini dibina oleh Allahyarham untuk memudahkan anak cucu cicit dan penduduk setempat berkumpul untuk melakukan solat berjemaah dan mengikuti majlis-majlis ilmu. Malahan, sekarang ini surau ini digunakan sebagai tempat perjumpaan keluarga KOHARUM setiap tahun.
Menjelang tahun 1986, surau ini juga dijadikan sebagai pusat pengajian pra-sekolah atau lebih dikenali sebagai PASTI. 

Ramai cucu cicit Allahyarham Haji Baharom mendapat bimbingan dan ilmu di PASTI ini. Ada juga yang sempat manabur bakti bagi mencurahkan ilmu sebagai tenaga pengajar. Hasilnya sekarang ini, ramai anak cucu cicit Haji Baharom berjaya dalam bidang masing-masing, malah ada yang memahat nama sebagai orang ternama & korporat di negara ini. 

Sehingga sekarang, usia surau ini sudah menjangkau lebih 40 tahun sejak ia mula dibina. 

Alhamdulillah, selama usia surau ini lebih 40 tahun, setiap hari ada sahaja jemaah datang berkunjung untuk menunaikan solat. Pusat pengajian Pra-Sekolah Pasti, setiap tahun ada sahaja pelajar yang mendaftar. Tak kira siang & malam, surau ini dimanfaatkan sepenuhnya. 

Justeru itu, bagi menyambung legasi tinggalan Allahyarham Haji Baharom, Pihak Jawatankuasa Surau bercadang untuk menaiktaraf surau ini bagi memberi memberi keselesaan dan mengimarahkan ia dengan majlis-majlis ilmu. Selain itu, setiap kali berlaku banjir kilat, surau ini akan tenggelam hampir 1 setengah kaki dalamnya. 

Saya dengan ini ingin mengajak semua berganding bahu untuk menjayakan projek menaiktaraf surau ini.
Powered by Blogger.